emotebreakthrough.com

Terma & Syarat

Emote Breakthrough Institute (disebut sebagai "EBI") berusaha mempertingkatkan kehidupan masyarakat melalui perkhidmatan pendidikan dan bimbingan. Syarat-syarat yang dinyatakan di bawah adalah untuk memastikan kursus kami dimanfaatkan dengan selamat dan tepat, serta, untuk menjaga kepuasan pelanggan.

1. Komunikasi

Semua komunikasi rasmi mengenai program pelatihan, termasuk kaedah pembayaran, penundaan jadual dan kehadiran kembali ke kelas/kursus, harus dimaklumkan melalui email di emotebreakthrough@gmail.com

2. Pembayaran
Pembayaran untuk kursus kami perlu dilaksanakan melalui kad kredit, FPX, eWallet atau pemindahan melalui bank yang disediakan melalui platform dalam talian kami.

Pembayaran yang dibuat melalui pemindahan melalui bank dalam talian mesti dibuat kepada Emote Media Sdn Bhd (Malaysia) atau Emote Media Pte Ltd (Singapura).

3. Serahan Perkhidmatan
Kursus anda boleh diakses melalui portal pembelajaran dalam talian anda sebaik sahaja pembayaran anda telah selesai.

4. Salah laku
Peserta tidak boleh mengganggu, memprovokasi atau membuat salah laku terhadap komuniti pembelajaran yang sedang mereka sertai. Jika tidak, pihak kami berhak untuk menamatkan akaun peserta tersebut dari mengakses ke platform pembelajaran dalam talian EBI, termasuk juga keistimewaan lain yang berkaitan sebagai pelajar EBI.

5. Penafian
Segala maklumat, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami adalah kemudahan yang digunakan bertujuan untuk pendidikan sahaja, dan kami tidak menjamin hasil atau mana-mana hasil yang sama untuk setiap pelajar.

6. Hak Harta Intelek
EBI adalah satu-satunya pemilik tunggal yang sah bagi kesemua faedah hak harta intelek yang berkaitan dengan kursus dalam talian kami. Sebarang penghasilan semula tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami akan dianggap sebagai pelanggaran hak harta intelek kami.

7. Non-disclosure
Sebarang bahan (samada digital atau bercetak) yang mungkin diterima oleh pelajar kami melalui pihak kami adalah hak milik, hak cipta dan hanya khas untuk kegunaan peribadi pelajar kami sahaja. Sebarang pendedahan kepada pihak ketiga adalah dilarang sama sekali.

8. Kerahsiaan
Peserta/pelajar bersetuju dengan kehadiran, penampilan atau kemunculan mereka dalam sebarang rakaman audio, video atau fotografi yang disusun secara rasmi oleh EBI, dan mereka harus memahami bahawa pihak kami mungkin menggunakan rakaman tersebut untuk tujuan komersial, pendidikan atau promosi. Kami berhak memperbanyak, mengiklankan dan mempublikasikan penyertaan anda dalam rakaman ini tanpa sebarang pampasan.

EBI berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan dengan terma dan syarat kami, sila hubungi kami di: emotebreakthrough@gmail.com